BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 25, 2010

Tiga

" Kak Long dah siap ke?" Jerit Mak Jah dari laman rumah. Fiza memperbetulkan tudungnya di depan cermin.
"Mak pergilah dulu, nanti Kak Long datang kemudian" Jerit Fiza balik.
"Hah, yelah. pergi tau. Nanti Sarah mengomel pulak kalau Kak Long tak datang rumah" Balas Mak Jah. Mak Jah terus berlalu. Fiza masih lagi memperbetulkan tudungnya. Sejak dok kat KL ni, Fiza ikut trend fesyen terkini jugak. Sekarang ni, Fiza ikut stail Yuna bertudung. Main lilit jer. Simple dan kemas. Tapi Fiza nak juga 'touch up' sikit. Taklah nampak pucat sangat kan. Walaupun kat kampung, bergaya tetap diutamakan. Amboi Fiza. Fiza tersenyum sendirian.

Fiza berpuas hati dengan penampilan dirinya. Walaupun setakat pakai seluar track suit, baju t-shirt dan gaya tudung penampilan ala-ala Yuna. Tapi, Fiza tetap nampak menarik. Fiza tersenyum lagi. Nak pergi mencuci pinggan mangkuk pun nak melaram lagi. Hahaha.. Fiza gelak sendirian. A'ah lah, majlis persandingan esok. Hari ni buat majlis berinai jer. Buat per nak melaram naik rak. Ish..ish..teruklah Cik Shafiza Ismail ni.

Fiza turun ke bawah dan menyarungkan kaki dengan selipar jepun. Alamak, dari kepala hingga ke kaki cantik tapi sampai tang ke tapak kaki pakai selipar jepun jer. Fiza menggeleng. Lantaklah. Bukan Fiza tak tau, majlis keramaian camni la selipar selalu hilang. harta benda jadi milik bersama. Fiza menuju ke rumah Sarah Keras yang tak berapa jauh dari rumah Fiza. dalam setengah kilometer jer. Kalau dulu, Fiza naik motor jer. Tapi sejak motor tu Angah bawa pergi ke UPM dijadikan transport rutin dia, maka Fiza, Mak dan Abah naik kereta antik abah. Tak ape lah, janji Angah senang nak pergi ke kuliah. Fiza melirik jam tangannya. Baru pukul 3 petang. Awal lagi ni. Fiza meneruskan perjalanannya. Belum sampai ke perkarangan rumah Sarah, Fiza dah terdengar keriuhan dari rumah Sarah.

Mak aih..ramainya orang. Terkejut Fiza melihat suasana rumah Sarah yang sesak dengan orang ramai. Macam pasar malam. Almaklumlah anak dara versi jantan nak kawin. Fiza geli hati mengenangkan Sarah yang serupa jantan. Masihkah Sarah sepert itu?

"Kak Long, baru sampai ker?" Terdengar suara 'merdu' Sarah dari beranda. Semua mata memandang Fiza. Fiza jadi malu. Tak menyempat Fiza nak melencong ke arah dapur nak tengok lauk pauk yang dah masak dah Sarah melaungkan namanya. Ape pun, Fiza tetap meneruskan langkahnya ke laman rumah Sarah. Fiza tetap maintain ayu melangkah masuk ke dalam rumah Sarah. Sarah sudah memaut lengan Fiza.

"Ish..ape ni? pegang-pegang tangan orang ni" Kata Fiza. Sarah terus muncung. Saja je Fiza mengusik sepupunya ini.

"Kak Long dah sombong ek. Mentang-mentanglah dah jadi orang KL" Muncung Sarah dah makin panjang. Amboi, sejak bila da reti merajuk ni. Erm..layan ajelah..

"Maaflah, Sarah dah reti merajuk yer" Fiza ketawa berdekah-dekah. Fiza dan Sarah melangkah masuk ke bilik pengantin. Fiza dah duduk di birai katil. Fiza memandang sekeliling bilik pengantin milik Sarah dan bakal suaminya. Oppss..suami. ada peluang mesti tanya sekarang ni.

"Sarah, saper bakal husband Sarah? Dari hari tu lagi, Kak Long tanya tau" Sarah tersenyum sumbing. Jawab pun tak.

"Cantik kan bilik Sarah? saje je Sarah pilih 'color' ungu. Kan Kak Long suka ungu" Sarah dah keluar tajuk. Ni yang buat Fiza tak puas hati ni.

"Sarah.." Kata Fiza. Tau. Sarah buat-buat tak dengar. saje je nak buat Fiza suspend.

"Kak Long kenal. kawan kelas Kak Long juga" Kata Sarah sambil membelek bunga telur. Hah..kawan kelas. Mungkin kah..?? Muka Fiza dah berubah. Sarah tergelak tengok muka Fiza.

"Bukanlah Kak Long. Bukan Rudy. No..no..no.." Sarah dah boleh baca riak muka Fiza.

"Jadi sapa?" Tanya Fiza gelabah. Belum sempat Sarah menjawab dah ada orang mengunjung ke bilik Sarah.

"Assalamualaikum.." Sarah dah berdiri di sebelah lelaki yang memberi salam sebelum masuk ke bilik pengantin.

"Panjang pun umur. Kak Long, ni la bakal suami Sarah" Fiza memandang ke arah pintu bilik pengantin Sarah. Gullpp.. Fiza telan air liur. Lelaki yang kat pintu Pengantin pun terkesima melihat Fiza. Sarah dah senyum-senyum. Faizal menyerahkan sebakul bunga telur kepada Sarah.

"Faizal??" Fiza menyebut nama lelaki itu. Memang benar kawan sekelasnya semasa sekolah menengah dahulu. Faizal juga teman kamceng Rudy. Ni yang buat Fiza nervous tahap gaban. Faizal pun dah nervous tengok Fiza kat depan matanya. Sarah meninggalkan mereka berdua dalam bilik pengantin Sarah. Dibiarkan pintu terbuka. Mungkin, banyak benda ingin mereka bualkan dan bertanya. Hal 10 tahun lepas perlu dirungkaikan. Fiza yang menghilangkan diri pada 10 tahun yang lepas. Mungkin, melalui Faizal semuanya menjadi titik tolak kisah ini. Fiza ingin tahu kisah seterus antara Rudy dan Laila.

0 comments: