BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, April 17, 2010

Dua

Fiza mengeluarkan anak kunci dari beg tangannya. Fail dikepit di bawah lengan. Fiza masukkan anak kunci ke dalam tombol pintu rumahnya. dipulas dan menolak daun pintu yang berat itu. Zee, teman serumahnya terbongkang di depan TV. Fiza melangkah masuk dan menarik satu kusyen dan turut terbongkang sebelah Zee.
"Camne tadi?" Tanya Zee tanpa memandang wajah Fiza.
"macam tak dapat la" Kata Fiza.
"Dah agak dah" Zee menjawab dengan suara perlahan. walaupun perlahan Fiza mampu mendengar. Tapi Fiza buat tak peduli.
"Mak kau telefon aku tadi. Dia tadi telefon kau tapi tak dapat. Kau off ke handphone kau?" Fiza teringat sebelum ditemuduga tadi, Fiza mematikan handphone. Sampai ke sudah Fiza tak on handphone. Fiza menepuk dahinya. Mesti ade benda Mak nak bagitau. Mak akan hubungi Fiza kalau ada benda penting.
"Ape dia nak?" Tanya Fiza. matanya turut tertumpu ke arah TV sama seperti Zee. Masing-masing tak memandang muka masing-masing.
"Kau tak balik kampung ke hujung minggu ni. Sepupu kau, Sarah, nak kawin. kau tak ingat ke?" Fiza terkedu mendengar kata Zee. Fiza menggaru kepalanya yang tidak gatal. camne lah aku boleh lupa Sarah nak kawin.
" itu lah kau. belum tua dah nyanyuk. eh, sape bakal suami Sarah Keras tu?" Tanya Zee. Sarah digelar Sarah Keras sebab dia ni jenis kasar macam budak lelaki pada zaman sekolah dulu. Gaya dan penampilan serupa lelaki. Aktiviti lelaki pun dia boleh ikut terutamanya persatuan Silat di kampung. Sarah antara orang kuat silat kat kampung dan menjadi murid yang terbaik. sejak tu, Sarah digelar Sarah Keras oleh orang-orang kampung. Mak Teh, mak sedara Fiza merangkap mak Sarah pun risau.yelah, takut benar anaknya tak dipinang orang. dah perangai serupa jantan. ditegur mengubah penampilan, Sarah tak boleh. Bukan Sarah tak nak ubah penampilan kepada gaya wanita melayu terakhir. Tetapi, dah tepu jiwa kelakian dalam dirinya. Nak buat camne lagi. Mak teh kena terimalah anak daranya serupa begitu. Apabila orang kampung mendengar citer yang Sarah nak kawin. Ramai orang kampung terkejut besar. Terkejut badak pun ada. Pak Busu yang dengar citer ni kat Kedai Pak Ngah Itam pun boleh tersembur air kopi dari mulutnya. Begitu hebat penangan berita Sarah Keras nak kawin. Tapi malangnya, Fiza tak tau siapa bakal suami Sarah. Apabila Fiza bertanya kepada Sarah siapa bakal suaminya, Sarah hanya menjawab "Adalah. kalau nak tau kena datang majlis Sarah. masa tu barulah kak Long tau sapa bakal suami Sarah. tak surprise la bagitau awal2 kat Kak long" Kata Sarah sambil tersenyum sumbing. Kadang2 geram juga Fiza mendengar jawapan sinis daripada mulut Sarah ni. tapi nak buat camne. kena diamlah.

"aku tak tau, Zee. aku balik nanti baru aku tau sape la lelaki malang tu" Zee tergelak besar mendengar jawapan Fiza. Sebenarnya, Zee pun tak pernah jumpa dan tak pernah kenal ahli keluarga Fiza. Tapi Fiza selalu menceritakan hal keluarganya kepada Zee. Tambahan pula, Mak selalu hubungi Zee kala Mak tak dapat hubungi Fiza. kiranya, kenal melalui cerita ajelah.

Fiza dan Zee menonton rancangan televisyen sehinggalah masing2 terlentok. Akhirnya, Tv yang tengok dua orang tu tido.

0 comments: