BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 16, 2009

Satu

Fiza tersenyum kelat. Encik Shamir dan Encik Ridhwan memandang antara satu sama lain. Encik Ridhwan membelek satu persatu sijil-sijil milik Fiza. Encik Shamir mendehem sambil membetulkan tali lehernya.
"Cik Shafiza, sebenarnya.."Encik Shamir tidak terhabis katanya.
"Begini cik Shafiza. Sebenarnya, saya dan Encik Ridhwan dah tengok resume awak dan sijil-sijil awak tapi.." Encik Shamir tidak menghabiskan ayat. Dia mengerling ke arah Encik Ridhwan. Encik Ridhwan seperti faham 'signal' daripada Encik Shamir.
"Kami ni sebenarnya musykil dengan cik Shafiza. Cik Shafiza adalah seorang graduan Kejuruteraan Kimia tapi kenapa Cik nak juga 'apply' keje ni? Cik Shafiza tau kan, posting ape kami tawarkan?"
"Saya tau, Encik. tapi saya berminat sangat nak apply posting ni"Kata Fiza penuh minat.
"Masalahnya, posting yang kami tawarkan adalah kerani akaun bukan saintis. Awak kena faham tu. kami boleh pertimbangkan jika awak berlatarbelakangkan perakaunan..."
"tapi saya ada ambik subject Add math dan akaun masa sekolah dulu" Tambah Fiza tidak mengalah.
"Beginilah Cik Shafiza, kami akan menghubungi awak kalau awak berjaya dalam sesi temuduga ini" Kata encik Ridhwan. Fiza mengangguk lalu berdiri dan mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua penemuduga. Fiza dapat rasakan job ini pasti dia tak dapat. bukan rezeki aku.

fiza melangkah keluar dari pejabat dan menuju ke arah lobi. tidak ramai yang menunggu lif. biasalah, waktu kerja mungkin tidak semua keluar. pintu lif terbuka. fiza masuk lif dan menekan punat G. hanya beberapa orang sahaja dalam lif. Pintu lif terbuka dan fiza melangkah keluar. sebaik saja dia melangkah keluar, fiza terlanggar seseorang. fail yang berisi sijil2 jatuh dilantai.

"maafkan saya" kata empunya badan. fiza hanya mengutip sijil tanpa melihat wajah lelaki tersebut. lelaki itu juga turut mengutip sijil-sijilnya.

"shafiza binti ismail" kata lelaki itu.
"ya..saya" kata fiza. fiza memandang lelaki di depannya. jantungnya berdegup kencang.
"saya kenal awak"kata lelaki itu.
"ya..saya pun kenal awak. awak Daniel kan?" Daniel mengangguk.
"ya..awak still ingatkan saya. anyway, buat ape kat sini?" tanya Daniel. Fiza senyum kelat mendengar soalan begitu.
"saya datang sini sebab ada temuduga tapi..." Kata Fiza terhenti. Daniel masih lagi menunggu jawapan Fiza.
"tapi?"Tanya Daniel
"rasenye saya tak dapat job tu."kata Fiza berterus terang. Fiza tak berani nak memandang muka Daniel. Fiza segan.
"awak tak dapat mungkin job tu tak sesuai dengan awak kot"kata Daniel. Amboi, ni bagi semangat ke bagi penghinaan ni.
"Kenapa pulak?" Tanya Fiza. Nada suaranya agak tinggi. Daniel tersenyum mendengar reaksi daripada Fiza.
"Mungkin kelayakan awak tak sesuai dengan post yang awak ni" Fiza cepat-cepat menggeleng kepala. Daniel melirik jam tangannya. sudah pukul 2.30 petang.
"Fiza, saya mintak maaf. i have to go now. this is my card. Give me a call when you free. i am waiting your call. seriously.." Fiza menyambut huluran kad daripada Daniel. Fiza mengangguk. Dia melihat kad nama Daniel.

ShippingSemekar and Logistic
Encik Mohd Daniel Bin Zakaria
Pengarah Bahagian Operasi Utama.

Tertelan liur Fiza melihat kad nama Daniel. Pengarah siot...Fiza melangkah keluar dari Bangunan Wisma Yakim.