BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, September 3, 2010

Empat

Fiza duduk di depan meja soleknya. Merenung wajahnya yang pucat. Selepas mendengar cerita daripada Faizal. Fiza seperti tiada harapan.

"Maafkan aku, Fiza. Last aku dengar citer pasal Rudy. Dia dan Laila pergi Australia, sambung study kat situ. Segala perbelanjaan, ayah Laila yang tanggung. Then, selepas 2 bulan diorang kat situ, Rudy hantar email kat aku, dia kata dia dah nikah dengan Laila. Selepas tu, aku tak tau cerita selanjutnya sampailah sekarang" Tu kata Faizal yang masih lagi terngiang-ngiang kat telinga Fiza. Yang tak boleh tahan tu, Rudy dah menikahi Laila. Arghhh.. dunia ni rasa macam dah terbalik bagi Fiza. Ingatkan, lepas 10 tahun meninggalkan kenangan pahit. Dah ok. Rupanya terima lagi berita lebih buruk. dah lah tu, pergi lagi 'jauh' dari Fiza. Nak nangis pun dah tak guna. dah takde jodoh. Sudah terang lagi bersuluh, cinta Rudy dan Laila bukan cinta monyet seperti apa yang kata Sarah 10 tahun lepas.

"Ala, Kak Long. Releklah. cinta budak-budak. Cinta monyet. Tak sampai ke mana pun. 2,3 tahun. gerenti diorang takkan bersama" Iya iya O jer Sarah pujuk dia hari tu. Cinta monyet la apelah. Sekarang ni ape kes?. Sarah bahagia dengan Faizal. Fiza ape citer??. Tapi salah Fiza juga. Merajuk punya pasal, lari pergi KL. Habis aje kertas peperiksaan SPM yang terakhir, balik rumah. Bungkus baju terus g KL. Menumpang kat rumah Ayah Chik. Mak tak boleh nak kata pa lagi. Hanya menurut je kata Fiza. Masa tu seakan macam lari dari rumah.Sarah lagi la, mati kutu dengar Fiza membawa diri begitu cepat. Sungguh drastik tindakan Fiza masa tu. Kalau ingat balik tu, rasa malu pun ade. Erm..jangan tak tau, satu kampung heboh sebab Fiza pergi KL tanpa sebab musabab yang pasti. Tak perlah, Fiza pergi bukan lari ikut boyfriend pun. Fiza pergi sebab membawa hati yang luka. Cehh...Ape pun ni semua salah Sarah. Ya. Sarah's fault. Sarah bagi harapan tinggi kat Fiza. Sekarang ni, Fiza yang gigit jari.

Tapi tak boleh nak salahkan Sarah juga. Sarah sepupu rapat dengan Fiza. Walaupun Sarah lebih muda 2 tahun daripada Fiza, tapi Sarah agak matang. Oleh kerana, Fiza pendiam kat sekolah dan selalu dibuli oleh Rudy and the gang. Sarah la jadi bodyguard tak bergaji untuk Fiza. Berani kacau Fiza. Cubalah. Langkah mayat Sarah dulu. Sarah kan pesilat hebat kat kampung. Kalau sapa cari pasal dengan Sarah, alamatnya orang tu balik rumah dengan mata biru ungu la nampaknya.

Fiza ingat lagi, sewaktu Rudy and the gang membuli Fiza. Ni semua gara-gara kecuaian Fiza. Nak bagi surat cinta kat Rudy. Dah tulis cantik-cantik kat atas surat wangi lagi tau. Selepas tu, Fiza selitkan dalam buku latihan Math. Masa tu, Fiza baru lepas buat latih tubi Math. Tapi, yang buat 'spoil' tu, Fiza terlupa Fiza selit surat cinta tu dalam buku latihan. Akibatnya, Fiza hantar buku latihan sekali dengan surat cinta tu. Apabila Cikgu Azira periksa buku latihan Fiza terjumpa surat cinta tu. Bulat mata Cikgu Azira baca surat cinta Fiza untuk Rudy.Herm..ape lagi. Hebohlah satu sekolah yang Fiza jatuh hati kat Rudy. Termasuk dengan cikgu-cikgu sekali. Makcik Kantin pun tau. Jangan tak tau. Popular sungguh Fiza dan Rudy masa tu. Fiza tersipu-sipu malu. Tapi Rudy tu yang tak tahan. Pergi mane-mane jer asyik kena perli jer. Nak usha adik-adik junior pun tak jadi sebab mesti terselit nama Fiza. Rudy bengang lah. Tak termasuk lagi perlian dari cikgu-cikgu mengajar kelas Rudy dan Fiza. Panas telinga Rudy mendengarnya. Rasa tak puas hati tu, Rudy buat plan gila bersama kawan-kawan kamceng dia. Faizal, Zachery, Salman dan Taufik.

Plan diorang cam begini. Faizal bagitau kat Fiza yang Rudy nak jumpa Fiza kat Pusat seni visual. Kira datinglah lepas sekolah. sebenarnya, Pusat seni dan visual ni pintu tak berkunci. Lepas aje loceng berbunyi, menandakan tamat waktu persekolahan, Fiza kemas buku dan beg terus pergi ke Pusat Seni dan visual. Sebelum tu, Faizal dah bagitau kat Fiza, tunggu 15 minit tapi Fiza tak boleh tunggu. Fiza terus pecut pergi ke Pusat seni visual. Depan pintu bilik pusat seni visual tu, Fiza dah rasa semacam. Seperti ade yang tak kena. Tapi Fiza masuk je. Selangkah Fiza masuk dalam bilik tu, Fiza dah tersiram air tepung yang berwarna ungu. Habis satu badan Fiza basah dek air pewarna ungu lagi. Rudy and the gang dah tergelak besar tengok Fiza. Fiza terkesima dan terkedu. Tak tau nak buat apa. Nak nangis pun ade, nak lari pun ade. Tapi Fiza terpaku kat situ. Sarah yang kebetulan lalu kat bilik tu, ternampak insiden tu. Sarah tengok Rudy dan kawan-kawan dia bergelak tawa. Pada mulanya Sarah tak nak masuk campur, tapi bila dia amati beg sandang empunya mangsa. Sarah dah mula hangin. Cepat-cepat Sarah menuju ke situ, dia pandang wajah mangsa tu, beristighfar panjang Sarah tengok kakak sepupunya diperlakukan bergitu. Sarah dah naik darah. Fiza dah mula menangis.
"Korang ni apesal?" Jerkah Sarah.
"Wei, yang kau sibuk ni apesal? kau kenal dia ke?" Tanya Rudy. Kawan-kawan dia yang lain dah gelak sakan. Sarah dah betul-betul naik darah.
"Korang tau tak, korang buat ni salah. Dia ni akak sepupu aku" Sarah cuba menahan amarah.
"Dah tu, kau nak bela dia. Kau nak lapor dengan guru disiplin ke? kalau kau berani, kau buat la. tak pasal-pasal kau yang kitaorang kena kan" Ugut Rudy.
"Kalau korang berani, buat lah. korang ingat aku takut ke?" Sarah membalas. Rudy and teh gang rasa tercabar. Nak kena minah ni. Faizal tak tahan terus menghayun penumbuk ke arah Sarah. Sarah menepis penumbuk Faizal, dia menghayunkan penumbuk ke pipi kanan Faizal. Tak cukup dengan itu, Sarah menendang dada Faizal sehingga Faizal jatuh tersungkur. Terbatuk-batuk Faizal menahan penangan Sarah. Keempat-empat lelaki terpegun. Salman menuju ke arah Faizal, membantu Faizal untuk berdiri. Bulat mata budak-budak tu. Sarah membuka langkah.
" Ada sapa-sapa berani masuk?" Kata Sarah sambil memandang setiap orang disekelilingnya. Menjemput masuk ke gelanggang sparing. Keempat-empat lelaki terus cabut.

Keesokkan harinya, Sarah menemani Fiza ke kelas. Takut budak-budak tu kacau kakak sepupunya lagi. Yang tak tahan tu, Sarah menuju ke arah meja Rudy. Sarah memandang tajam ke arah muka Rudy. Sarah menunjukkan penumbuk depan muka Rudy. Mimik muka Sarah seperti singa nak membaham mangsanya. Lagak seperti memberi amaran keras kepada Rudy. Selepas tu, Sarah terus blah dari kelas Fiza.Rudy dah telan liur. Kawan-kawan yang lain rasa pelik, tiba-tiba je budak Tingkatan Tiga buat gitu dengan Rudy. Rudy pula macam kucing. Takut dan gerun. Tak bagi respon langsung. Salman, Faizal, Zachery dan Taufik dah bertukar wajah pucat. Faizal, jangan cakaplah. Asyik tunduk aje. Pipi dah biru-biru ungu.Suasana kelas senyap seketika.

Sejak hari tu, Fiza sentiasa diawasi oleh Sarah setiap masa. Rudy pun tak boleh nak buat ape-ape. Kalau nak membuli Fiza pun biarlah waktu belajar. itu pun, taklah teruk mane pun membuli. Risau juga diorang kalau-kalau Fiza lapor dengan bodyguard tak bergaji tu.

Fiza tersenyum sendirian mengenang kenangan itu kembali. Dia harus berterima kasih kepada Sarah. Disebabkan Sarah, Rudy dan kawan-kawannya tidak berani menjentik Fiza. Tapi Fiza pun ada sedikit terkilan juga, disebabkan kejadian itu, Rudy seperti menjauhi darinya. Fiza memandang jam di dinding. Sudah menunjukkan pukul 11 malam. Esok, Fiza perlu pergi ke rumah Sarah. Tolong apa yang patut. Fiza nak tidur dulu. Esok-esok baru Fiza citer lagi ok.